Pages

Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

Kelebihan Berzikir

Imam Nawawi berkata, sebaik-baiknya semua zikir hendaklah dibaca. Jika tidak mampu, hendaklah dibaca apa yang termampu sahaja. Zikir-zikir ini bukan sahaja dibaca selepas solat atau sebelum tidur.Zikir boleh diamalkan pada bila-bila masa sahaja, kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.



Jom kita lihat kelebihan berzikir:


  • Akan ditulis 100 pahala sedekah bagi setiap tasbih, tahmid, takbir dan tahlil yang diucap.
  • Ditanam 100 pokok baginya di dalam syurga sebagaimana disebutkan di dalam hadis.
  • Allah memelihara kita dari gangguan syaitan dan syaitan lari pada malam tersebut(zikir sebelum tidur) dan sejahtera pembaca zikir dari segala bencana dan malapetaka.
  • Melihatkan sifat kehambaan sesorang kepada Penciptanya dan Insyaallah, doanya mudah untuk dikabulkan.

" Jom zikir"

Amalan Mendidik Anak Soleh-Solehah

Mendapat anak yang soleh/solehah adalah menjadi idaman setiap ibubapa..Jadi, sebagai ibu bapa, kita haruslah mengamalkan perkara soleh/solehah juga ye..(peringatan untuk diri dan kawan2 semua)



Antara amalan yang boleh kita amalkan adalah:

1) Sedekahkan Al-fatihah kepada anak-anak kita setiap kali lepas solat atau teringatkan anak. Lebih2 lagi bagi anak yang tinggal berjauhan seperti belajar.  Mintalah apa2 hajat dan serahkan kepada Allah untuk melindungi anak kita.

2) Pandang wajah anak semasa tidur dan ucapkanlah kata-kata posotif dan doa padanya. Ini kerana minda separa sedar anak kita tidak pernah tidur. Contohnya doalah wahai anakku "........." ibu sayang sangat pada"............."Jadilah anak yg soleh/solehah. Berbaktilah pada agama dan bangsa&.......
doalah apa-apa yang kita hajati dan tiuplah pada ubun-ubun anak kita

3) Selalulah peluk anak walaupun anak kita sudah besar. Peluklah dan kasihi anak kita seperti mereka masih kecil dahulu.

4) Solat hajat di tepi anak dan doalah dengan bersungguh-sungguh supaya anak2 kita dilindungi dari sebarang kejahatan.

5) Sentiasa maafkan kesalahan anak kita walaupun anak kita telah menyakiti kita.

6) Semsa basuh beras,basuhlah pada arah lawan jam dan sentiasalah berselawat dan berzikir (YA LATIF), supaya anak kita dilembutkan hatinya, mudah untuk faham agama. 

7) Jangan sesekali terlepas cakap perkataan yang tidak sepatutnya kerana kata2 itu adalah satu doa.

8) Amalkan membaca surah Ibrahim ayat 40..
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


Selamat Beramal!


Wednesday, 15 January 2014

Bencana Lidah

Assalamualaikum semua..
Hari ni saya nak kongsikan tentang bencana lidah yang saya baca daripada majalah Iman...

Sangat dahsyat lidah ni...Nabi pernah bersabda " Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus hatinya, tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman dengan kejahatannya.




Antara bencana lidah adalah:  


1) Berkata yang tidak perlu


Janganlah kita menghabiskan masa bercerita hal-hal yang tidak berfaedah.


2) Mengambil tahu hal tepi kain orang


Ingat, bercakap mengenai orang lain secara berlebihan adalah perkara yang tercela


3) Melibatkan diri dengan kebatilan


Contohnya kita berbual-bual mengenai hal kemaksiatan.


4) Berbantah-bantah


Jika tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, nyatakanlah dengan lemah lembut. Jangan berbantah sehingga menampakkan anda terlalu berbangga dengan pendapat sendiri dan merasa diri lebih pintar dari orang lain.


5) Melaknat


Sama ada kepada manusia, binatang atau benda,melaknat adalah dilarang sama sekali.


6) Bernyanyi dan bersyair


Nyanyian dan syair yang mengandungi kata-kata yang diaramkan seperti mengajak kemungkaran, mengejek orang lain, menaikkan keghairahan adalah dilarang sama sekali.


7) Bersenda gurau


Janganlah bergurau terlalu kerap da melampai batas.


8) Menghina dan mengejek


Menurut syarak, hukum mengejek-ejek adalah haram. Ini termasuklah mendedahkan keaiban orang, merendah-rendahkan dan menghina.


9) Membocorkan rahsia


Apabila seseorang itu memberitahu sesuatu perkara dan berlalu pergi, maka ia adalah amanat dan tidak boleh disebarkan.


10) Janji bohong


Memungkiri janji adalah adalah tanda-tanda orang munafik. Jadi berhati-hatilah.


11) Berdusta dan Bersumpah


Di dalam hadis menyatakan sifat dusta adalah sama tarafnya dengan kecurangan dan merupakan pintu-pintu nifaq. Manakala jika bersumpah pula, hendaklah dikotakan, jika tidak wajib membayar kafarah.

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini memberi manfaat pada kita semua..=)