Thursday, 16 January 2014
Tips Lebatkan Rambut
1) Bersihkan daun bunga raya dan ramas daun bunga raya bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan ke atas kepala seperti menggunakan syampu. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
2) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, dan ramas kedalam semangkuk air. Biarkan lendir daun keluar dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang selama 20 minit. Amalkan 2x sehari.
3) Kisar sebiji nenas sehingga menjadi jus. Biarkan semalaman, kemudian barulah lumur pada rambut selama 15-30 minit. Amalkan tiga kali seminggu.
4) Urut rambut anda kebelakang seperti anda mengurut bahagian badan yang lain.
5) Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. yang mengandungi B6, zink,magnesium untuk memberi kekuatan pada rambut seterusnya melebatkan rambut anda.
6) Elakkan minum minuman yang berkafien tinggi.
7) Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia terlalu kerap. Ini kerana bahan kimia boleh memberi kesan buruk kepada rambut.
Semoga dapat mempraktikkan petua di atas..Selamat melebatkan rambut!=)
Labels:
Petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment