Assalamualaikum semua..
Hari ni saya nak kongsi serba sedikit tentang apa yang sata aplikasikan semasa anak saya demam..Kalau anak demam,memang kita la yang tak tidur malam..yela dok merengek-rengek..dengan suhu badan yang panas...takut nak dibiarkan...nak jadikan cerita auni diserang demam selsema semalam..padanla sehari dua ni tak berapa agresif..kalau tak,1,2 pagi adalah masa hyperaktif...boleh meloncat dari satu katil ke satu katil ..hehe..
Bawak pergi jumpa doktor suhu.37.5..doktor bg macam2 betul ubat..ubat batuk,cair kahak,ubat dmam 2jenis..ubat sembur kt hidung..yela katanya bawah 2tahun tak digalakkan ambil ubat selsema..ok..berbalik pada cite asal..pikir dok pikir..tak nak bg semua..banyak betul??? Ok,belek2 ubat sy dan suami decide bg 3jenis je..demam,selesema,cair kahak..yg lain akan di lakukan secara alami...
Macam mana kaedah alami atau semulajadi ni??
1.Letakkan tuala yang direndam asam jawa di atas kepala.
Sebab pada waktu malam,badan auni mula panas jadi saya ambil air asam jawa kemudian tekap pada kepala,badan..kalau tak ada asam jawa, tuala basah pun ok..ini supaya dapat mengawal tahap kepanasan bayi.
2.Mandikan sekerap yang boleh.At least 3kali sehari.
Kalau orang dulu,demam tak bagi mandi kan?zaman sekarang dah berubah..bila demam patut mandi..kajian dh dilakukan dan mendapati melalui mandi,haba panas akan keluar dari badan kita..
3.Mandikan dengan air suam
Sebab auni ni selsema, jadi seelok-eloknya mandikan dengan air suam supaya tak la menggigil-gigil kawan tu tu dibuat nya..huhu. Lagi satu sapukan kunyit hidup di batang hidung sehingga ubun-ubun untuk melegakan selesema.
4. Letak bawang putih di bawah tapak kaki
Ha, ni salah satu cara untuk surutkan demam tau..Apa yang anda perlu sediakan sediakan 2 pasang stoking.Kemudian tumbuk jangan sampai lumat bawang puting..Ok, sekarang pakai stoking dan letakkan bawang putih tu diantara dua stoking tu. Jangan letak direct pada kaki sebab takut melecet pula kaki tu..
5. Ramas daun bunga raya
Ha, yang ni saya ada baca di satu blog ramas-ramas daun bunga raya dalam air paip, kemudian jiruskan pada kepala bayi untuk kurangkan panas bayi..Saya tak buat ni sebab tak ada daun bunga raya..huhu..Tapi bolehlah cuba.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment