Pages

Thursday 12 December 2013

Tips Melancong ke Singapura

Singapura terkenal dengan jolokan kota singa...Kenapa??Sebab, ada singa besau sebagai lambang negara Singapura...


Tak banyak yg sy boleh ceritakan mengenai Singapura ni sebab sy pergi pn sehari jer...Ikut rombongan ms kt utm dulu..itupun dh cukup bermakna...yela at least dpt gk merasa msuk ke negara Singapura...hihi...
Kat sini boleh tengok keindahan bandar Singapura yang maju. Negara Singapura ni sangat bersih..Susah nak jumpe sampah...Tapi jaga2 bagi yg beragama islam...Sebab terlalu bersih, toilet diorang xde air..mgkn xnak basah2 kot..Jadi siap2 bwk air mineral and tisu k...huhu

Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Merlion.Kira tempat wajib dikunjungi la..Ada patung singa yang besar!sebagai lambang negara Singapura...


Lepas kitorang dah lepak2 kt sni, kitorang trus ke Sentosa  Island/ Pulau Sentosa





Di Sentosa Island ni best..Ramai orang mandi..Airnye jernih...Tapi mampu tengok jela...kiki..
Besar Sentosa Island ni..Macam2 permainan ada..kena jelajah...Lps pusing2 Sentosa Island, kami naik Cable Car..Saya ni gayat sket..turun2 je dr cable car trus uwerk2..huhu




Lps dah jalan2 di Sentosa Islan, kami tggu untuk persembahan di waktu malam...Ada tarian Singa..Gambar agak gelap la nk tunjuk..sebab malam kan..hihi..Tapi sangat kagum..Cantik sangat tarian mereka..Siap ada api2..Lampu2 digital macam kt i city..tp bergerak2....Xtau nk explain cmne..Kena g sendiri baru tau syiiok tau..




heheh..nampak ke??Gelap kan..tggu sy bli camera lbh cggih yer..hoho..Lps tgk persembahan kami pn pulang..membawa seribu kenangan..hihi
Tq kerana sudi membaca..=)

Tuesday 3 December 2013

Tips Melancong ke Brunei

Bagi sesiapa yang belum pernah ke Brunei, tempat yang menarik ialah binaan masjid yang indah..Kubah emas tuuuhh....Pure emas ye..bukan celup punye...huhu...
Brunei ni bandar islamic juga..tiada arak, judi&...Bagi yang bukan Islam, nak minum arak or main judi kena keluar dari Brunei..huhu..Baguskan??

Ok, masa saya pergi ke Brunei, saya pergi bersama suami, anak dan 3 orang rakan lain..Kami pergi naik kereta je..Konvoi ramai2...Perjalanan mengambil masa dalam 5jam dari bandar Bintulu.

Kami takla street je..kami singgah di bandar miri, berehat2 then baru meneruskan perjalanan ke Brunei...

Setelah 5jam perjalanan, alhamdulillah, sampai di imigresen  Brunei. Pastikan anda bawa pasport antarabangsa ye..Dan dah tukar duit siap2.Brunei guna duit Dollar.Jadi siap2 tukar k..  Imigresen ni buka dari jam 6pagi-10malam sahaja..so, siapa yang smpai di imigresen lebih dari pukul 10 malam, terpaksala bermalam kat imigresen tu ye...huhu...


Ok, ni suasana ni Imigresen Brunei..



Selepas melepasi imigresen Brunei, kami pun meneruskan perjalanan..Sempat singgah di minimart yang diusahakan orang orang Melayu. Brunei sangat mengangkat tulisan Jawi. setiap tulisan mesti disertakan dengan tulisan Jawi..Kagum sekejap....=)








Kalau datang Brunei, jangan lupa beli Nasi Katok..(ayam+nasi+sambal)==1DOLAR sahaja!..Tapi kalau nak tambah lauk2 lain pn bole..=)
Kemudian kami singgah tidur di salah seorang rumah rakan kami..Keesokan paginya baru kami berjalan2...

Tengok kiri kanan, sebuah rumah ada 4,5 biji kereta..Kaya betul diorang ni kan...Minyak pun murah sangat..ro97 0.50dolar je..murahla bagi diorang kan???Lepas tu, minyak diorang yang Gred A punye...Untung betul kan..huhu


Ok,destinasi pertama adalah ke Empire..Mall yang besar juga di Brunei ni...Boleh membeli cenderamata di sini..=). Bila nak beli asyik kire bila convert duit kite jadi mahal, semua xjadi nak beli..hihi..Beli magnet fridge jela...kiki










Selepas membeli belah, kami pun terus ke Perkampungan Air.. Untuk ke Perkampungan Air, perlu menaiki bot dengan kadar 10dolar seorang..bila convert RM, dlm RM 30 la..huhu..mahalnyeerr...Disebabkan mahal dan faktor keselamatan, kami lihat dari jauh jela..hihi..




Selepas tu , kami destinasi seterusnya...Masjid Sultan Ali Saifuddien..Kubah masjid ni diperbuat daripada emas asli ye...


 Pandangan sisi masjid




Lepas dah snap2 gambar yang cantik ni, kami pn terus bersolat zohor..Yela, masa ambil gambar ni, tak masuk waktu lagi...Hehehe

Selepas solat, kami meninjau sekitar bandar Brunei..Terdapat pejabat2 pentadbiran dan istana Sultan..







Tidak dibenarkan masuk..Jadi tinjau2 di luar jela...


Selepas tu, kami berjalan2 di Mall sekitar bandar Brunei...










Ni roadtax kereta Brunei..Senang polis nk tgk bile habis..Besar2 tulis bulan 11..dari jauh pn dh nampak..ngeee.

Lepas dah jalan2, rasa lapar pulak perut ni..Jom singgah KFC...nyam2..KFC pun disertakan tulisan jawi yer...




Ok...sampai sini je utk day1...lps tu zass ke limbang pula..Buat pengetahuan semula kami tidak menginap di Brunei, tapi di Limbang..Jimat sikit kan...Limbang adalah dalam negeri Sarawak, tapi perlu melalui Brunei dulu..kire Limbang selepas Brunei la...


Ok, untuk day 2 sebelum bertolak ke Brunei, kami singgh dulu isi perut penuh2 di Limbang..huhu..Lepas breakfast ambil gambar dengan kerbau..Kerbau ni simbol Limbang tau...






Selapas dah ambil2 gambar, kami pun meneruskan misi kami..=)






 Siapa tahu maksud zigzag tepi jalan tu??Saya pn tak tahu..huahuhuhu...Unik***

Ok, dah sampai di Masjid Hasanil Bolkiah.. Masjid kubah emas juga...Sebab Brunei ni kaya, jadi masjid die kubah emas saja..=)










Si kecik ni pun nak posing jugee...huhu

Selepas berehat dan solat, kami meneruskan perjalanan Bandar Dalam Taman Sri Begawan..









 Di Bandar dalam taman ni macam dataran juga la..Ada taman permainan kanak-kanak juga..Bolehla main2 kalau bawak anak2..Tapi sebab masa kami sampai ni tangah hari..panas...So, tengok2 jelah..hihi..

Lepas melawat bandar dalam taman, kami pun pulang.. Kecil je negara Brunei ni..Tapi tak terus pulang ke Bintulu...Singgah berjalan-jalan di bandar Miri pula..Nantikan perkongsian saya di Bandar Miri pula!