Pages

Wednesday 29 January 2014

Atasi Jerawat dengan Madu dan limau nipis

Jerawat yang tumbuh di wajah seringkali mengganggu kita dan mungkim dapat menurunkan rasa percaya kepada diri  sendiri.

 Madu


Limau nipis



Menggunakan ubat jerawat kadang-kadang tidak sesuai dengan kulit wajah kita. Tidak salah kita mencuba menggunakan bahan semulajadi untuk mengatasi jerawat..Misalnya menggunakan madu dan limau nipis. Dalam madu terdapat kandungan zat antiseptik yang berguna untuk membunuh bakteria yang ada pada wajah. Manakala limau nipis pula untuk mengurangi minyak pada wajah sehingga dapat mencegah kotoran yang menempel pada wajah.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat masker daripada madu dan limau nipis.


  • Ambil limau nipis dan ambil airnya sebanayk 1sudu teh.
  • Campur 1 sudu air limau nipis tadi dengan 1 sudu teh madu.
  • Sapu dan ratakan pada wajah. Biarkan selama 30 minit.
  • Bilas muka anda dengan air.
Semoga amalan secara konsisten ini dapat mengurangkan jerawat pada muka anda.Selamat mencuba!

Wednesday 22 January 2014

Kelebihan Berzikir

Imam Nawawi berkata, sebaik-baiknya semua zikir hendaklah dibaca. Jika tidak mampu, hendaklah dibaca apa yang termampu sahaja. Zikir-zikir ini bukan sahaja dibaca selepas solat atau sebelum tidur.Zikir boleh diamalkan pada bila-bila masa sahaja, kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.



Jom kita lihat kelebihan berzikir:


  • Akan ditulis 100 pahala sedekah bagi setiap tasbih, tahmid, takbir dan tahlil yang diucap.
  • Ditanam 100 pokok baginya di dalam syurga sebagaimana disebutkan di dalam hadis.
  • Allah memelihara kita dari gangguan syaitan dan syaitan lari pada malam tersebut(zikir sebelum tidur) dan sejahtera pembaca zikir dari segala bencana dan malapetaka.
  • Melihatkan sifat kehambaan sesorang kepada Penciptanya dan Insyaallah, doanya mudah untuk dikabulkan.

" Jom zikir"

Amalan Mendidik Anak Soleh-Solehah

Mendapat anak yang soleh/solehah adalah menjadi idaman setiap ibubapa..Jadi, sebagai ibu bapa, kita haruslah mengamalkan perkara soleh/solehah juga ye..(peringatan untuk diri dan kawan2 semua)



Antara amalan yang boleh kita amalkan adalah:

1) Sedekahkan Al-fatihah kepada anak-anak kita setiap kali lepas solat atau teringatkan anak. Lebih2 lagi bagi anak yang tinggal berjauhan seperti belajar.  Mintalah apa2 hajat dan serahkan kepada Allah untuk melindungi anak kita.

2) Pandang wajah anak semasa tidur dan ucapkanlah kata-kata posotif dan doa padanya. Ini kerana minda separa sedar anak kita tidak pernah tidur. Contohnya doalah wahai anakku "........." ibu sayang sangat pada"............."Jadilah anak yg soleh/solehah. Berbaktilah pada agama dan bangsa&.......
doalah apa-apa yang kita hajati dan tiuplah pada ubun-ubun anak kita

3) Selalulah peluk anak walaupun anak kita sudah besar. Peluklah dan kasihi anak kita seperti mereka masih kecil dahulu.

4) Solat hajat di tepi anak dan doalah dengan bersungguh-sungguh supaya anak2 kita dilindungi dari sebarang kejahatan.

5) Sentiasa maafkan kesalahan anak kita walaupun anak kita telah menyakiti kita.

6) Semsa basuh beras,basuhlah pada arah lawan jam dan sentiasalah berselawat dan berzikir (YA LATIF), supaya anak kita dilembutkan hatinya, mudah untuk faham agama. 

7) Jangan sesekali terlepas cakap perkataan yang tidak sepatutnya kerana kata2 itu adalah satu doa.

8) Amalkan membaca surah Ibrahim ayat 40..
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


Selamat Beramal!


Friday 17 January 2014

Cara Menghilangkan Selsema



Sudah semestinya para ibu berasa bimbang jika sudah beberapa hari atau beberapa minggu anak dijangkiti selsema. Bayi tak mahu makan, tak mahu minum susu, merengek dan sebagainya. Sebagai ibu kita juga runsing dan risau. Saya pernah mengalami pengalaman ini. Sudah 2 minggu anak selsema, tapi pergi jumpa doktor, doktor tak suggest bagi makan ubat selsema kerana bawah 2 tahun memang tidak digalakkan.
So, dari situ saya amalkan petua yang dapat menghilangkan selsema anak-anak.
Antara petua yang boleh diamalkan adalah:

1) Gunakan kapur sirih dengan kunyit. Ambi kunyit hidup dan gesekkan pada kapur makan. Sapu pada batang hidung, belakang dan ubun2 bayi sambil baca selawat. Insya Allah, selsema semakin berkurang.

2) Daun sirih juga boleh digunakan untuk mengurangkan selsema.Ambil beberapa helai daun sirih, basuh sehingga bersih. Kemudian, ramas di dalam air dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut sepanjang batang hidung anak anda.

3) Campurkan sedikit madu di dalam susu anak anda. Atau boleh amalkan minum madu pada waktu pagi. Namun begitu, madu tidak digalakkan untk bayi di bwah 1 tahun.

4) Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu,susukan bayi sekerap yang mungkin.

5) Selain itu, anda boleh ambil minyak ikan bagi sistem pertahanan anak anda. Saya mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee.

Anak saya pernah selsema dan batuk selama berminggu2.. Makan ubat doktor pun tak jalan.Amalkan petua pun hilang sikit-sikit. Masa tu nak pergi Ho Chi Minh, takut pulak bila terbaca rakyat Malaysia tersekat di lapangan terbang Ho Chi Minh sebab anak demam. Saya pun usaha beli Omega Guard Shaklee dan telan sebiji. Ingat nak bagi kat anak terus, tapi sebab anak saya minum susu badan, jadi saya makan dulu.Kalau tak ok, baru pecahkan pil omega tu dan bagi pada anak. Alhamdulillah, lepas saya makan sebiji, anak saya menyusu badan,esoknye selsema kering dengan izin Allah. Ubat selsema yang saya mintak husband ambil dari klinik pakar kanak-kanak tidak terusik. Sampailah sekarang..Pergi membeli-belah di Ho Chi Minh pun penuh kegembiraan...huhu
Syukur sangat2..Anak saya pun sekarang tak mudah kena selsema...So, anda jangan takut untuk mengambil vitamin. Kita hanya berusaha yang terbaik untuk anak2 kita..

Kalau ada yang berminat nak try Omega Guard yang Power ni boleh sms/whatsapp saya di 013-2066496.

Selamat mengamalkan petua!

Thursday 16 January 2014

Tips Lebatkan Rambut



1) Bersihkan daun bunga raya dan ramas daun bunga raya bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan ke atas kepala seperti menggunakan syampu. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.

2) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, dan ramas kedalam semangkuk air. Biarkan lendir daun keluar dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang selama 20 minit. Amalkan 2x sehari.

3) Kisar  sebiji nenas sehingga menjadi jus. Biarkan semalaman, kemudian barulah lumur pada rambut selama 15-30 minit. Amalkan tiga kali seminggu.

4) Urut rambut anda kebelakang seperti anda mengurut bahagian badan yang lain.

5) Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. yang mengandungi B6, zink,magnesium untuk memberi kekuatan pada rambut seterusnya melebatkan rambut anda.

6) Elakkan minum minuman yang berkafien tinggi.

7) Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia terlalu kerap. Ini kerana bahan kimia boleh memberi kesan buruk kepada rambut.

Semoga dapat mempraktikkan petua di atas..Selamat melebatkan rambut!=)

Wednesday 15 January 2014

Bencana Lidah

Assalamualaikum semua..
Hari ni saya nak kongsikan tentang bencana lidah yang saya baca daripada majalah Iman...

Sangat dahsyat lidah ni...Nabi pernah bersabda " Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus hatinya, tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman dengan kejahatannya.




Antara bencana lidah adalah:  


1) Berkata yang tidak perlu


Janganlah kita menghabiskan masa bercerita hal-hal yang tidak berfaedah.


2) Mengambil tahu hal tepi kain orang


Ingat, bercakap mengenai orang lain secara berlebihan adalah perkara yang tercela


3) Melibatkan diri dengan kebatilan


Contohnya kita berbual-bual mengenai hal kemaksiatan.


4) Berbantah-bantah


Jika tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, nyatakanlah dengan lemah lembut. Jangan berbantah sehingga menampakkan anda terlalu berbangga dengan pendapat sendiri dan merasa diri lebih pintar dari orang lain.


5) Melaknat


Sama ada kepada manusia, binatang atau benda,melaknat adalah dilarang sama sekali.


6) Bernyanyi dan bersyair


Nyanyian dan syair yang mengandungi kata-kata yang diaramkan seperti mengajak kemungkaran, mengejek orang lain, menaikkan keghairahan adalah dilarang sama sekali.


7) Bersenda gurau


Janganlah bergurau terlalu kerap da melampai batas.


8) Menghina dan mengejek


Menurut syarak, hukum mengejek-ejek adalah haram. Ini termasuklah mendedahkan keaiban orang, merendah-rendahkan dan menghina.


9) Membocorkan rahsia


Apabila seseorang itu memberitahu sesuatu perkara dan berlalu pergi, maka ia adalah amanat dan tidak boleh disebarkan.


10) Janji bohong


Memungkiri janji adalah adalah tanda-tanda orang munafik. Jadi berhati-hatilah.


11) Berdusta dan Bersumpah


Di dalam hadis menyatakan sifat dusta adalah sama tarafnya dengan kecurangan dan merupakan pintu-pintu nifaq. Manakala jika bersumpah pula, hendaklah dikotakan, jika tidak wajib membayar kafarah.

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini memberi manfaat pada kita semua..=)