Pages

Wednesday 5 February 2014

Tips Melancong ke Ho Chi Minh City (Part 1)

DAY 1:

Salam semua..awal bln 1 lepas kami 1 family ke Ho Chi Minh City,Vietnam..Tapi baru harini berkesempatan nak kongsi dengan anda semua tentang pengalaman kami melancong kesana tanpa menggunakan travel agensi.

Buat pengetahuan anda semua yang inginkan kebebasan tanpa terikat dengan masa, rasanya lebih baik pergi sahaja sendiri sebab kat sana pun banyak travel agensi untuk bawa ke tempat2 perlancongan di ho chi minh tu..Orang Melayu pun ramai..Peniaga pun dah pandai cakap Melayu.

Ok, kami menaiki flight dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh pada pukul 9.10minit pagi dan sampai dalam pukul 10.15..Sekejap je perjalanan nye..Mula2 takut juga sebab kami hanya pergi bertiga.Saya, sumai dan baby..Nanti saya kongsikan tips bawa baby melancong..

Selepas sampai, kami pun cari teksi untuk kami naiki. Jangan pilih teksi selain Vinasun. Diorang markup harga..Macam  kami menginap di Hotel Saigon Pink2, harga dalam 10usd/rm30. Teksi2 lain ambil dalam 20,30usd..Tak ke barganda2 jadi harganya tu..

Inilah rupa teksi Vinasun. Kami naik Vios..Yela 3orang jer..=)








Siap tangkap gambar pemandu..Jika kena tipu, boleh buat report..=p


Perjalanan tambah tolak jem sket2 dalam setengah jam la..Sampaila kami di Saigon Pink Hotel..Hotel termurah yg saya jumpe..huhu.Dekat pulak dengan pasar Ben Thanh..jalan kaki je dh sampai..Hotel ni dah di tempah awal sebelum kami sampai..Tempah sahaja di Agoda.com..




Selepas sampai hotel kami  pun berehat2..Bagi anak tidur dulu..Baru best nk berjalan nanti..

Petang kami pun berjalan-jalan sekitar Bandar Ho Chi Minh..Jalan kaki jer..huhu










Macam ni la keadaan sesak pada waktu petang..Kalau kita sesak dengan kereta, di Ho Chi Minh sesak dengan motosikal..


DAY 2:

Ok,masa untuk shopping..Saya dah tukar duit siap2 di Malaysia..Dalam USD, Dong dan RM. Tapi kalau tukar duit di Vietnam lagi untung.Tak ingtla plak pertukaran wangnye..huhu.Kalau di Malysia sy tukar 1juta dong dalam RM160.Beli barang pn lagi untung klu dalam Dong.Macam coTton ela, bayar dalam Dong lagi murah Seringgit.huhu.Tapi kena tawar gile2.diorang saja je letak hrga 3x ganda dari harga yang tertera.Kalau xbg kurang pergi je..Banyak lagi kedai lain.Jangan takut2. Kitorg ada takut2 gak bile didesak..terbeli handbag harga dlm rm73.tapi bile balik hotel tgk made in China. HuHU..Rugi..kt Malaysia nth2 lagi murah.

Ok, ni pemandangan dari luar pasar Ben Thanh




Ini bahagian dalam pasar Ben Than








TIPS: Pergi pasar ni waktu pagi2..Dalam pukul 7 diorang dah bukak.Kalau dh tgh hari, ramai orang, ssh sket nk tawar menawar.Lagi2 kalau ada orang putih..Diorg suka layan mat salleh. Lagipun, klu kte g pagi2, boleh tawar betul2, sbb bg diorg, klu pelanggan 1st tak beli, nanti malangla 1 hari tu..Sama macam kepercayaan orang Cina di Malaysia juga..=)

Lagi satu kena ingat, tawar at least 3 kali murah dr harga asal.

Ok, di pasar Ben Thanh ni yang murah baju cotton ela, baju dah siap..Tapi kat luar2 pn ada yang murah. Lagi jauh dari pasar Ben Thanh, lagi murah...Macam sy ada jumpe kedai baju nama Kareem sederet dengan Saigon Hotel.Murah baju dah siap disitu.Orangnya duduk di bawah.Tak banyak pilihan.Rupanya ada kedai kat atas..Macam2 pilihan baju ada...


Ini antara kedai yang ada diluar-luar pasar Ben Thanh..







Lepas dah jalan2, mestilah lapar kan..Ok, kalau anda semua ada jmpe Restoran nama Kedai 1 Malaysia, better jangan la makan kat situ.Kawan saya ckp mahal sgt..Ada orang yang tggl 1 hotel dgn kami pn cakap macam tu..Diorg makan sarapan dalam 6orang bile convert dalam rm dalam seratus lbh..Wadusss...Bia betul..



Inilah Warung 1malaysia..Tapi xtaulah kalau anda pergi, boleh murah..Kalau berani pergila..huahaha


Kami makan tepi Hotel kami menginap..Sedap..Harga normal..Tapi still mahal dari Malaysia.Yela, kat sini tak mudah nak cari makanan halal..








Pekena kopi ais..Kalau datang sini memang tak sah kalau tak minum kopi..Memang bessst sangat kopi die..Power!!Makan juga keteaw sup n bihun sup..Kt sana panggil apa xingtla..tp makanan ni femes tau..Cuba tau..Sedapp...=)

Kedai ni lupe plak nk ambil gambar depannya..Tapi ada beberapa kedai halal di sekitar pasar Ben Thanh ni antaranya VN Halal, Restoran Hjh Basiroh(kami makan malam disini), Serai Malaysian dan Champa Restoran..


Ok, waktu malam, tak sah tak pergi pasar malam..Terletak berdekatan dengan pasar Ben Thanh. Oleh kerana pasar Ben Thanh tu bukak sampai pukul 6.30 je, jadi boleh shopping di waktu malam..Ada di kalangan peniaga ni dari dalam pasar Benh Thanh tu jugak..Bawak keluar barang2 diorang..

Harga lebih kurang pasar Ben Thanh je..Tapi lagi murah kedai2 di pasar Ben Thanh...


Ini adalah keadaan sekitar pasar malam yang berdekatan dengan pasar Ben Thanh..Sama je barangnya dengan di Ben Thanh.. Dah puas berjalan dari pagi sampai malam..Masa untuk balik tidur..Nasib baik anak ok..Tak meragam...Bestla berjalan..hihi..

Nak tau tempat menarik yang lain??Ok, nnt sy update Part 2..=)

5 comments:

  1. A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:majidvijahlending@gmail.com


    LOAN APPLICATION FORM.

    (1)Full Name:
    (2)Country:
    (3)State:
    (4)Address:
    (5)Sex:
    (6)Occupation:
    (7)Amount needed:
    (8)Loan duration:
    (9)Loan purpose:
    (10)Telephone

    Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Salam..
      Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll).

      No Hp / Whatsapp: +841269930648
      Fb: Loh Aeda
      Email: abdollohvet@gmail.com
      Tq..

      Delete
  3. salam
    sapa nak datang ke viet nam, boleh hubungi zaharah , tourguide muslim, boleh cakap bahasa melayu untuk maklumat pakej2 n day trip di ho chi minh
    No Hp : +84 932 617 292
    No Whatsapp : +84 938 629 767
    Email: amantravelvn@gmail.com
    TQ

    ReplyDelete
  4. EEEE..Terliur tgok kopi tuu...


    Perlukan Perkhidmatan Kereta Sewa? Jom Singgah...
    http://keretasewarawangselayang.blogspot.my

    ReplyDelete