Pages

Friday 28 February 2014

Cara Menghilangkan Bau Busuk Petiais

Peti ais merupakan tempat untuk kita menyimpan barang-barang yang perlu berada di tempat sejuk seperti ayam,ikan, sayu-sayuran, minuman dan sebagainya..Namun, apabila kita telah meletakkan bermacam-macam makanan dalam petiais terutamanya lebihan makanan, ia menjadikan peti ais kita berbau busuk.Lagi-lagi jika petiais kita tak sejuk..Lagilah baunya boleh membuatkan kita termuntah..Ok, harini saya nak share macam mana kita nak atasi bau busuk petiais kita ni..



1. Gunakan Roti Sebagai Penyerap Bau

-Senang sahaja caranya, masukkan 2-3keping roti dalam petiais. Biarkan selama 5-10hari iaitu sehingga roti tu menjadi kering. Roti itu akan menyereap bau petiais. Petua ini boleh diaplikasikan apabila kita nak hilangkan bau durian dari dalam kereta.

2. Mengunakan Arang untuk menyerap Bau

- Letakkan 2-3 ketul arang di dalam petiais. Arang tadi  akan menyerap segala bau di dalam petiaias. Boleh jua meletakkan arang bersama beberapa hirisan buah limau purut. Bau petiai itu kan hilang dengan sendirinya.

3. Soda Bikarbonat
- Ambil beberapa susu soda bikarbonat dan bancuhkannya dengan air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian petiais. Hasilnya, bau petiais akan cepat hilang.

4. Esen Vanilla
Anda mesti tau esen vanilla tu apa kan..Ala, yang kita selalu letak untuk buat kuih atau kek..Senag sahaja caranya, iaitu sediakan mangkuk berisi air, kemudian titiskan beberapa tittik esen vanila dan letakkan di dalam petiais.  Kesannya, petiais anda akan berbau harum.

5. Kulit Nenas
Bila anda kupas kulit nenas, jangan buang ya kulitnya, kerana kulit nenas ada kegunannya. Caranya ialah dengan meletakkan beberapa keping kulit nenas di dalam petiaias. Biarkan selama beberapa hari, sehingga kulit neanas itu layu. Tukarkan dengan kulit nenas yang baru. Lakukan pengulangan sehingga bau busuk peti sejuk anada dapat dihilangkan.

6. Daun pandan
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di beberapa penjuru pati ais. Hasilnya petiais anada akan berbau harum

Ok, itu sahaja petua yang dapat kongsikan. Semoga anda dapat mengatasi masalah peti ais berbau.
"Selamat Beramal" hihi



1 comment:

  1. Strange "water hack" burns 2 lbs overnight

    Over 160 thousand men and women are utilizing a simple and secret "water hack" to burn 1-2lbs every night in their sleep.

    It's scientific and it works all the time.

    Just follow these easy step:

    1) Hold a clear glass and fill it up half glass

    2) Proceed to use this weight loss hack

    so you'll become 1-2lbs thinner the next day!

    ReplyDelete