Pages

Thursday 21 November 2013

Awet Muda Secara Semulajadi



Pokok durian belanda banyak di tanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan Bahama. Buah ini boleh dimakan mentah atau dibuat jus. Rasanya yang masam manis menjadikan durian belanda buah atau jus yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga dalam kedaan cuaca panas di negara kita ni...

Kelebihan durian belanda ini adalah kandungan seratnya yang tinggi. Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gram serat. Ini bersamaan dengan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa.


Hidangan secawan durian belanda membekalkan separuh (50%) daripada pengambilan vitamin C yang disyorkan untuk orang dewasa. Pengambilan Vitamin C yang secukupnya dalam diet membantu pengeluaran kalogen kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit. Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti durian belanda adalah salah satu cara untuk awet muda secara semulajadi.


Selain itu, jika anda mengalami darah tinggi, anda boleh mengamalkan minum jus durian belanda kerana 1 cawan durian belanda membekalkan lebih 600mg kalium, iaitu zat yang mengimbangkan kenaikan tekanan darah. Kalium juga dapat mencegah kekejangan otot, dan disarankan untuk dijadikan snek sebelum bersenam.




Air jus durian belanda yang menyegarkan!=)

No comments:

Post a Comment