Pages

Friday 17 January 2014

Cara Menghilangkan Selsema



Sudah semestinya para ibu berasa bimbang jika sudah beberapa hari atau beberapa minggu anak dijangkiti selsema. Bayi tak mahu makan, tak mahu minum susu, merengek dan sebagainya. Sebagai ibu kita juga runsing dan risau. Saya pernah mengalami pengalaman ini. Sudah 2 minggu anak selsema, tapi pergi jumpa doktor, doktor tak suggest bagi makan ubat selsema kerana bawah 2 tahun memang tidak digalakkan.
So, dari situ saya amalkan petua yang dapat menghilangkan selsema anak-anak.
Antara petua yang boleh diamalkan adalah:

1) Gunakan kapur sirih dengan kunyit. Ambi kunyit hidup dan gesekkan pada kapur makan. Sapu pada batang hidung, belakang dan ubun2 bayi sambil baca selawat. Insya Allah, selsema semakin berkurang.

2) Daun sirih juga boleh digunakan untuk mengurangkan selsema.Ambil beberapa helai daun sirih, basuh sehingga bersih. Kemudian, ramas di dalam air dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut sepanjang batang hidung anak anda.

3) Campurkan sedikit madu di dalam susu anak anda. Atau boleh amalkan minum madu pada waktu pagi. Namun begitu, madu tidak digalakkan untk bayi di bwah 1 tahun.

4) Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu,susukan bayi sekerap yang mungkin.

5) Selain itu, anda boleh ambil minyak ikan bagi sistem pertahanan anak anda. Saya mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee.

Anak saya pernah selsema dan batuk selama berminggu2.. Makan ubat doktor pun tak jalan.Amalkan petua pun hilang sikit-sikit. Masa tu nak pergi Ho Chi Minh, takut pulak bila terbaca rakyat Malaysia tersekat di lapangan terbang Ho Chi Minh sebab anak demam. Saya pun usaha beli Omega Guard Shaklee dan telan sebiji. Ingat nak bagi kat anak terus, tapi sebab anak saya minum susu badan, jadi saya makan dulu.Kalau tak ok, baru pecahkan pil omega tu dan bagi pada anak. Alhamdulillah, lepas saya makan sebiji, anak saya menyusu badan,esoknye selsema kering dengan izin Allah. Ubat selsema yang saya mintak husband ambil dari klinik pakar kanak-kanak tidak terusik. Sampailah sekarang..Pergi membeli-belah di Ho Chi Minh pun penuh kegembiraan...huhu
Syukur sangat2..Anak saya pun sekarang tak mudah kena selsema...So, anda jangan takut untuk mengambil vitamin. Kita hanya berusaha yang terbaik untuk anak2 kita..

Kalau ada yang berminat nak try Omega Guard yang Power ni boleh sms/whatsapp saya di 013-2066496.

Selamat mengamalkan petua!

No comments:

Post a Comment