Pages

Friday 21 February 2014

Amalan Ibu Mengandung



Adakah anda disahkan mengandung?? Alhamdulillah anda akan menjadi ibu..kepada yang dah ada anak,akan menjadi ibu kepada anak baru..huhu.

Ok,apa perasaan anda masa disahkan mengandung?sudah tentu gembira dan ingin buat yang terbaik utk anak anda kan..Jadi,pendidikan anak sejak dari dalam kandungan lagi adalah amat penting..Kat sini saya nak share amalan2 yang saya amalkan semasa mengandung..

1.Memperbanyakkan membaca alquran.kalau boleh selepas setiap solat fardhu.Sambil mengaji tu bolehlah usap2 perut. Insyaallah anak cepat sebuat nama Allah..Ini yang saya perasan sangat..Perkataan pertama yang anak saya boleh sebut "Allah"

2.Banyakkan berzikir dan sentiasa berfikiran positif.. Jangan sesekali berfikiran negatif atau berprasangka buruk terhadap orang lain..

3.Makan makanan yang berkhasiat.Dulu sy sentiasa makan kurma,kismis.Lagi elok tambah dengan makanan kekacang,buah delima,tin..Saya memang langsung tak sentuh asam..
Kalau loya pun,cium kulit limau..

4. Membuat latihan yang mencabar minda seperti latihan matematik,word puzzle,sudoku,sahibba,chess dan sebagainya.

5.Amalkan minum air kelapa.Insyaallah kulit bayi putih dan mulus. Macam baby saya kulit putih mulus walaupun mak ayh takla putih mana...hihi

6.Banyakkan berzikir "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimiin.."
Ini adalah doa nabi yunus ketika dalam perut ikan nun..Semasa ingin melahirkan baby, saya tidak putus2 baca doa ni..Nurse yang membantu pun baca kuat2 doa ni dan terus bayi keluar dari perut..Alhamdulillah..

7.Banyakkan minum air kosong. Pastikan anda minum 2-3 liter sehari bagi mengelakkan penyakit kencing kotor dan sebagainya.

8. Jangan biarkan perut kosong. Semasa trisemester pertama,saya amat memahami jika ada yang mengalami alahan yang teruk. Macam saya sebulan tak boleh masuk dapur.. Tapi paksa juga makan at least biskut dan susu.

Setiap kali lepas solat, amalkan 3surah ini..Ditambah juga dengan  Surah Luqman supaya anak yang lahir cerdik pandai



Nur Auni Hannani semakin menginjak dewasa..


Semoga amalan-amalan sepanjang tempoh kehamilan dapat melahirkan insan soleh/solehah..Amiin..

No comments:

Post a Comment