Pages

Friday, 28 February 2014

Cara Menghilangkan Bau Busuk Petiais

Peti ais merupakan tempat untuk kita menyimpan barang-barang yang perlu berada di tempat sejuk seperti ayam,ikan, sayu-sayuran, minuman dan sebagainya..Namun, apabila kita telah meletakkan bermacam-macam makanan dalam petiais terutamanya lebihan makanan, ia menjadikan peti ais kita berbau busuk.Lagi-lagi jika petiais kita tak sejuk..Lagilah baunya boleh membuatkan kita termuntah..Ok, harini saya nak share macam mana kita nak atasi bau busuk petiais kita ni..



1. Gunakan Roti Sebagai Penyerap Bau

-Senang sahaja caranya, masukkan 2-3keping roti dalam petiais. Biarkan selama 5-10hari iaitu sehingga roti tu menjadi kering. Roti itu akan menyereap bau petiais. Petua ini boleh diaplikasikan apabila kita nak hilangkan bau durian dari dalam kereta.

2. Mengunakan Arang untuk menyerap Bau

- Letakkan 2-3 ketul arang di dalam petiais. Arang tadi  akan menyerap segala bau di dalam petiaias. Boleh jua meletakkan arang bersama beberapa hirisan buah limau purut. Bau petiai itu kan hilang dengan sendirinya.

3. Soda Bikarbonat
- Ambil beberapa susu soda bikarbonat dan bancuhkannya dengan air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian petiais. Hasilnya, bau petiais akan cepat hilang.

4. Esen Vanilla
Anda mesti tau esen vanilla tu apa kan..Ala, yang kita selalu letak untuk buat kuih atau kek..Senag sahaja caranya, iaitu sediakan mangkuk berisi air, kemudian titiskan beberapa tittik esen vanila dan letakkan di dalam petiais.  Kesannya, petiais anda akan berbau harum.

5. Kulit Nenas
Bila anda kupas kulit nenas, jangan buang ya kulitnya, kerana kulit nenas ada kegunannya. Caranya ialah dengan meletakkan beberapa keping kulit nenas di dalam petiaias. Biarkan selama beberapa hari, sehingga kulit neanas itu layu. Tukarkan dengan kulit nenas yang baru. Lakukan pengulangan sehingga bau busuk peti sejuk anada dapat dihilangkan.

6. Daun pandan
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di beberapa penjuru pati ais. Hasilnya petiais anada akan berbau harum

Ok, itu sahaja petua yang dapat kongsikan. Semoga anda dapat mengatasi masalah peti ais berbau.
"Selamat Beramal" hihi



Monday, 24 February 2014

Cara Mengatasi Demam Bayi

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak kongsi serba sedikit tentang apa yang sata aplikasikan semasa anak saya demam..Kalau anak demam,memang kita la yang tak tidur malam..yela dok merengek-rengek..dengan suhu badan yang panas...takut nak dibiarkan...nak jadikan cerita auni diserang demam selsema semalam..padanla sehari dua ni tak berapa agresif..kalau tak,1,2 pagi adalah masa hyperaktif...boleh meloncat dari satu katil ke satu katil ..hehe..

Bawak pergi jumpa doktor suhu.37.5..doktor bg macam2 betul ubat..ubat batuk,cair kahak,ubat dmam 2jenis..ubat sembur kt hidung..yela katanya bawah 2tahun tak digalakkan ambil ubat selsema..ok..berbalik pada cite asal..pikir dok pikir..tak nak bg semua..banyak betul???  Ok,belek2 ubat sy dan suami decide bg 3jenis je..demam,selesema,cair kahak..yg lain akan di lakukan secara alami...

Macam mana kaedah alami atau semulajadi ni??

1.Letakkan tuala yang direndam asam jawa di atas kepala.
Sebab pada waktu malam,badan auni mula panas jadi saya ambil air asam jawa kemudian tekap pada kepala,badan..kalau tak ada asam jawa, tuala basah pun ok..ini supaya dapat mengawal tahap kepanasan bayi.

2.Mandikan sekerap yang boleh.At least 3kali sehari.
Kalau orang dulu,demam tak bagi mandi kan?zaman sekarang dah berubah..bila demam patut mandi..kajian dh dilakukan dan mendapati melalui mandi,haba panas akan keluar dari badan kita..

3.Mandikan dengan air suam
Sebab auni ni selsema, jadi seelok-eloknya mandikan dengan air suam supaya tak la menggigil-gigil kawan tu tu dibuat nya..huhu. Lagi satu sapukan kunyit hidup di batang hidung sehingga ubun-ubun untuk melegakan selesema.

4. Letak bawang putih di bawah tapak kaki
Ha, ni salah satu cara untuk surutkan demam tau..Apa yang anda perlu sediakan sediakan 2 pasang stoking.Kemudian tumbuk jangan sampai lumat bawang puting..Ok, sekarang pakai stoking dan letakkan bawang putih tu diantara dua stoking tu. Jangan letak direct pada kaki sebab takut melecet pula kaki tu..

5. Ramas daun bunga raya
Ha, yang ni saya ada baca di satu blog ramas-ramas daun bunga raya dalam air paip, kemudian jiruskan pada kepala bayi untuk kurangkan panas bayi..Saya tak buat ni sebab tak ada daun bunga raya..huhu..Tapi bolehlah cuba.




Selamat Mencuba!

Friday, 21 February 2014

Amalan Ibu Mengandung



Adakah anda disahkan mengandung?? Alhamdulillah anda akan menjadi ibu..kepada yang dah ada anak,akan menjadi ibu kepada anak baru..huhu.

Ok,apa perasaan anda masa disahkan mengandung?sudah tentu gembira dan ingin buat yang terbaik utk anak anda kan..Jadi,pendidikan anak sejak dari dalam kandungan lagi adalah amat penting..Kat sini saya nak share amalan2 yang saya amalkan semasa mengandung..

1.Memperbanyakkan membaca alquran.kalau boleh selepas setiap solat fardhu.Sambil mengaji tu bolehlah usap2 perut. Insyaallah anak cepat sebuat nama Allah..Ini yang saya perasan sangat..Perkataan pertama yang anak saya boleh sebut "Allah"

2.Banyakkan berzikir dan sentiasa berfikiran positif.. Jangan sesekali berfikiran negatif atau berprasangka buruk terhadap orang lain..

3.Makan makanan yang berkhasiat.Dulu sy sentiasa makan kurma,kismis.Lagi elok tambah dengan makanan kekacang,buah delima,tin..Saya memang langsung tak sentuh asam..
Kalau loya pun,cium kulit limau..

4. Membuat latihan yang mencabar minda seperti latihan matematik,word puzzle,sudoku,sahibba,chess dan sebagainya.

5.Amalkan minum air kelapa.Insyaallah kulit bayi putih dan mulus. Macam baby saya kulit putih mulus walaupun mak ayh takla putih mana...hihi

6.Banyakkan berzikir "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimiin.."
Ini adalah doa nabi yunus ketika dalam perut ikan nun..Semasa ingin melahirkan baby, saya tidak putus2 baca doa ni..Nurse yang membantu pun baca kuat2 doa ni dan terus bayi keluar dari perut..Alhamdulillah..

7.Banyakkan minum air kosong. Pastikan anda minum 2-3 liter sehari bagi mengelakkan penyakit kencing kotor dan sebagainya.

8. Jangan biarkan perut kosong. Semasa trisemester pertama,saya amat memahami jika ada yang mengalami alahan yang teruk. Macam saya sebulan tak boleh masuk dapur.. Tapi paksa juga makan at least biskut dan susu.

Setiap kali lepas solat, amalkan 3surah ini..Ditambah juga dengan  Surah Luqman supaya anak yang lahir cerdik pandai



Nur Auni Hannani semakin menginjak dewasa..


Semoga amalan-amalan sepanjang tempoh kehamilan dapat melahirkan insan soleh/solehah..Amiin..

Friday, 14 February 2014

Resipi Udang Goreng Cheese

Harini ni ada sedikit kerajinan nak buat Udang goreng cheese...Macam sedap jer..
Nak tahu resipinya?Saya buat untuk 2 orang makan jer..





Bahan-Bahan
Udang (5-10ekor)
2keping Cheese

2 ulas bawang puting
Sedikit lada hitam

Sedikit butter





Cara-cara
1.Bersihkan udang dan kemudian potong di bahagian bawah udang 
2.Racikkan bawang putih kecik2. Racikkan juga cheese
3.Sumbatkan bawang putih dan cheese ke dalam udang.
Kemudian taburkan lada hidam di atas udang.
4. Selepas itu, panaskan butter di dalam kuali non stick
5.Susun udang di atas kuali seperti gambar di atas
Terbalikkan udang dan setelah masak, angkat..




TARAAA!!!! dah siap..Sedia untuk di ngap..=)
Senang je..10minit dah boleh siap..

Monday, 10 February 2014

Keputusan Maharaja Lawak Mega 2013

Assalamualaikum semua..

Ada yang tak dapat mengikuti siaran Maharaja Lawak Mega 2013??
Sebenarnya saya bukanlah peminat fanatik Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 ni..Tapi sebab suami minat sgt2..Sampai ulangan pun tengok..Tak puas, tgk lagi di Youtube, layankan jela..huhu
Bagi yang tak tahu lagi keputusan MLM 2013, ini adalah keputusannya..



Antara kumpulan yang berjaya masuk ke final adalah Jambu, Bocey, Sepahtu, Nabil dan Shiro..
So,bagi yang tak tahu lagi la kan..Keputusannya adalah:


Pemenang tempat Kelima adalan Nabil..Memang patut pun kan sebab tak buat lawak langsung..huhu..
Pemenang tempat kelima mendapat RM15000 jugak tau..



Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan JAMBU..Sedih juga la kan..Tapi masa final Jambu tidak buat sebaik mungkin..Lawaknya berulang..Mungkin sebab tu dapat nombor 4..hihi..Komen juri tidak bertauliah..
Pemenang tempat keempat memenangi wang bernilai 
RM50 000.



Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Bocey. Kumpulan ni memang boleh tahan gak lawaknyer..hihuu..Pemenang memenagi hadiah wang tunai bernilai RM150 000..Wah..kayo2..



Tempat Kedua pula dimenangi oleh Kumpulan Shiro..Kumpulan Shiro memang konsisten dari episod2 yang lepas pun..Memang padan dengan kemenangannya. Pemenang memenangi wang tunai berjumalah
RM250 000.




Jeng2.. Tempat Pertama seperti yang telah dijangkakan, dimenangi oleh Kumpulan Sepahtu..Pemenang memenangi wang tunai bernilai RM500 000..Wah2..Boleh mandi duit nih..hihi..Sepahtu memang ramai peminat, so no wonder dengan kemenangannye..Tahniah..=)

Tips Melancong ke Ho Chi Minh (Part 2)


Hai semua..ini adalah sambungan daripada part 1 yang lepas.Utk day 3 ni, kami pergi ke Cu Chi Tunnel.

Day 3:

Pada hari ketiga ini, kami pergi ke Cu Chi Tunnel..Kami mengambil agensi pelancongan di Ho Chi Minh dan dikenakan us7 utk seorang. Perjalanan ke Cu Chi Tunnel ni mengambil masa kira-kira 2 jam dari Bandar Ho Chi Minh.

Semasa dalam perjalanan, kami sempat singgah di kilang membuat cenderamata. Cenderamata lukisan yang dibuat dari kulit telur angsa sangat unik dan cantik. Tapi tak payahla beli kat sini.Mahal betul. murah lagi di Pasar Ben Thanh atau Night Market..hehehe..






Selepas melawat kilang membuat lukisan, kami terus ke Cu Chi Tunnel. Tempat di mana terowong bawah tanah di bina oleh askar Vietnam semasa berlawan dengan Amerika bagi mendapatkan kemerdekaan.
Bayaran tiket masuk ada 40 000 dong seorang.




Askar dan orang tempatan menyorok di bawah terowong ini.



 Antara muslihat askar Vietnam yang mampu melumpuhkan tentera Amerika Syarikat

 Bom yang digunakan oleh tentera Vietnam

 Bagi sesiapa yang teringain nak pegang senapang, bolehla try menembak..Boleh rasa M16..huhu. Bayaran untuk menembak ni 400 000 dong..


Bom yang diperbuat daripada  kulit kerang

Selepas melawat sekitar Cu Chi Tunnel, kami menonton video mengenai peperangan

Selapas melawat dan menonton video, kami pun bertolak pulang kira-kira jam 2 petang.Kami sampai di hotel kira-kira jam 4 petang.

Day 4: 
Pada awal pagi, kami pun bertolak pulang. Sebelum tu, kena wrap betul2 barang yang dibeli..Sebab banyak barang yang dibeli, kami dikenakan cukai us20 di airport Vietnam.huhu...Kalau pergi tak bawak anak, boleh peach sorang sikit..Tak nampak banyak sangat..Tapi ni sebab bawak baby, xle nak buat apa la..hihi




Selamat tinggal Vietnam..Jumpa lagi di masa akan datang..Best, mesti datang lagi!

Thursday, 6 February 2014

Mini Giveaway by AimanAziziz.com

Assalamualaikum semua...

Sesiapa yang berminat untuk menyertai contest Give Away By AimanAziz.com bolehlah setai..Lagi ramai, lagi meriah..huhu.

Dapat Give Away RM50 tau..And also dpt bookmark yang cute!

Cepat2 sebelum tarikh tutp sebelum 14/02/14 ni..=)