Pages

Monday 10 February 2014

Tips Melancong ke Ho Chi Minh (Part 2)


Hai semua..ini adalah sambungan daripada part 1 yang lepas.Utk day 3 ni, kami pergi ke Cu Chi Tunnel.

Day 3:

Pada hari ketiga ini, kami pergi ke Cu Chi Tunnel..Kami mengambil agensi pelancongan di Ho Chi Minh dan dikenakan us7 utk seorang. Perjalanan ke Cu Chi Tunnel ni mengambil masa kira-kira 2 jam dari Bandar Ho Chi Minh.

Semasa dalam perjalanan, kami sempat singgah di kilang membuat cenderamata. Cenderamata lukisan yang dibuat dari kulit telur angsa sangat unik dan cantik. Tapi tak payahla beli kat sini.Mahal betul. murah lagi di Pasar Ben Thanh atau Night Market..hehehe..






Selepas melawat kilang membuat lukisan, kami terus ke Cu Chi Tunnel. Tempat di mana terowong bawah tanah di bina oleh askar Vietnam semasa berlawan dengan Amerika bagi mendapatkan kemerdekaan.
Bayaran tiket masuk ada 40 000 dong seorang.




Askar dan orang tempatan menyorok di bawah terowong ini.



 Antara muslihat askar Vietnam yang mampu melumpuhkan tentera Amerika Syarikat

 Bom yang digunakan oleh tentera Vietnam

 Bagi sesiapa yang teringain nak pegang senapang, bolehla try menembak..Boleh rasa M16..huhu. Bayaran untuk menembak ni 400 000 dong..


Bom yang diperbuat daripada  kulit kerang

Selepas melawat sekitar Cu Chi Tunnel, kami menonton video mengenai peperangan

Selapas melawat dan menonton video, kami pun bertolak pulang kira-kira jam 2 petang.Kami sampai di hotel kira-kira jam 4 petang.

Day 4: 
Pada awal pagi, kami pun bertolak pulang. Sebelum tu, kena wrap betul2 barang yang dibeli..Sebab banyak barang yang dibeli, kami dikenakan cukai us20 di airport Vietnam.huhu...Kalau pergi tak bawak anak, boleh peach sorang sikit..Tak nampak banyak sangat..Tapi ni sebab bawak baby, xle nak buat apa la..hihi




Selamat tinggal Vietnam..Jumpa lagi di masa akan datang..Best, mesti datang lagi!

1 comment:

  1. Salam. Sy nak tnya bape umur baby masa awk bwk ni? Mcm mana penyediaan makanan baby eh kt sana? Mcm nak bagi bubur ke? Sbb sy bercadang nk pg bln 10 ni bwk baby 10bulan.

    ReplyDelete